Salam,
Tapak sudah tersedia...Dah dicongak2 hari yang sesuai serta bajet yang mencukupi..kerja-kerja pembinaan Ladang Ayam Belanda bersaiz sederhana dimulakan...Mirip dengan konsep Ladang Pak Itam...Pelan Ladang telah dirancang terlebih dahulu supaya senang untuk kerja-kerja penyelenggaraan nanti...
Ruang-ruang yang disediakan pada fasa pertama ini:-
1-Foyer (ruang rehat dan untuk urusan dengan orang luar -12' x 12')
2-setor (simpanan makanan,ubat-ubatan,inkubutor,dlln-12' x 12')
3-penetasan (tmpt inkubutor - 3' x 6')
4-nurseri (khas untuk anak-anak ayam yg baru menetas-12' x 12')
5-Reban (ruang khas untuk ayam belanda - 12' x 12' setiap satu)-terdapat 6 ruang
Pelan Lantai Reban-Fasa 01
Bahan binaan yang disediakan :-
1-Simen (untuk lantai setor dan foyer)
2-Pasir (untuk lantai & dinding setor dan foyer)
3-Batu (untuk lantai & dinding setor dan foyer)
4-Batu-bata (untuk dinding setor )
5-Bumbung asbestos (bumbung reban)
6-Tiang konkrit 10' panjang
7-Pukat mata punai (Reban ganti "chicken wire mesh")
8-Kayu 2" x 2" (bumbung)
9-kayu 4" x 2" (bumbung)
Pembinaan reban tak menjadi masalah kerana ada pakar dalam team Jutafarm ini..Pok Cik Embong(bapak aku daa) berpengalaman lam "construction" lebih dari 30tahun...takat reban tuh "momantai" jer...dengan bantuan yg lain kerja2 pembinaan dijalankan berperingkat-peringkat juga sbb ada material yang sampai lambat serta masa x banyak....Kami menggunakan material baru sebab mengambil kira bisnes untuk jangka masa panjang tetapi ada juga material yang masih boleh dipakai kami gunakan semula. Ianya untuk menjimatkan kos pembinaan.
fasa pertama-01 (hadapan)
fasa pertama-02 (hadapan)
fasa pertama-03 (hadapan)
Kami mengambil masa selama 2 bulan untuk menyiapkan ladang fasa pertama ini dan dalam masa yang sama kami telah membeli 6 ekor Ayam Belanda dewasa. 3 betina dan 3 Baka Pejantan dengan kos RM500.Ayam-ayam ini dibeli dari rakan di Pontian,Johor.Selain daripada itu beberapa ekor lagi ayam betina telah dibeli diterengganu untuk tujuan pembiakan.Kami juga membeli 2 buah mesin inkubutor bersaiz kecil untuk tujuan penetasan.(akan diceritakan dilain posting)
fasa pertama-04 (bahagian belakang)
Alhamdulillah...Ladang pada peringkat pertama ini telah siap dan dijangka dapat menampung sebanyak 250-300 ekor ayam belanda sahaja. Sekiranya berjaya pada fasa pertama ini, kami berhasrat untuk membesarkan ladang ini dalam fasa 2 dan seterusnya.Untuk pengetahuan umum, dalam fasa pertama ini juga kami membina reban untuk ayam kampung dan ayam organik serta arnab (akan diceritakan dilain posting).reban-reban ini dibina berasingan dengan ayam belanda supaya tidak bercampur aduk dan mengelakkan berlaku "kejutan budaya" dan pergaduhan kerana ayam belanda yang bersaiz 2x ganda.
~mr.suhaimi~
0 comments:
Post a Comment