BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

kenapa ayam belanda?

A y a m b e l a n d a ?...

x terpikir langsung di akal untuk menternak ayam belanda pada mulanya...idea asal adalah untuk menternak kambing boer dan Jamnapari pada tahun lepas...tp selepas krisis minyak yang melambung dan semua kos naik mendadak terpaksa la mencari2 idea alternatif yang lain.

Maka startla buat "research" dan Ayam belanda atau juga dikenali dengan nama Ayam Piru or "Turkey" nampak seperti ada potensi untuk berkembang dan belum cukup ramai yang menternak ayam belanda secara komersil di negara ini khususnya golongan bumiputera.Kalau banyak pun hanya disebelah utara semenanjung sahaja.

Peringkat permulaan kami dikenalkan oleh seorang rakan dengan penternak ayam belanda iaitu Pak Itam dari Kelang.Kami dipelawa melawat ladang ternakannya di meru,kelang untuk melihat dengan lebih dekat cara menguruskan penternakan ayam belanda.Beliau memang seorang yang tidak lokek ilmu dan beliau memberi tunjuk ajar yang sepatutnya.Memang banyak perkara yang dipelajari disana dan idea mula datang mencurah2.terima kasih pada Pak Itam.

Setelah beberapa kali melawat ladang Pak Itam, kami mula membuat perancangan seterusnya.Tapak Projek?...kawasan belakang rumah kami dijadikan lokasi reban. Kebun tebu pok cik Embong terpaksa la dikorbankan untuk merealisasikan projek ini. Beliau dengan rela hati menyokong projek ini demi anak-anak.alhamdulillah..Peringkat permulaan iaitu "site clearance" di lakukan dan ditimbus dengan tanah serta diratakan.

Jalan masuk ke tapak di "up grade" supaya senang untuk kegunaan pada masa akan datang. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Semua berpuas hati dengan peringkat ini. Peringkat seterusnya lagi mencabar. Kena mendirikan reban dan sediakan peralatan2 yg sepatutnya dan bermacam-macam lagi.Yang paling penting AYAMnya...mana mau cari?....So next post citer lg.

0 comments:

Live Traffic Map