Salam,
Permulaan yang penuh semangat....2 mesin inkubutor serta 3 induk jantan dan 3 induk betina ayam belanda telah ditempah melalui rakan saya di pontian johor.Agak sukar untuk mendapatkan Induk ayam belanda dan perlu ditempah terlebih dahulu.Harganya agak mahal berbanding ayam biasa dan mencecah ratusan ringgit untuk seekor.
Memang bersemangat sebab "travel" dari terengganu ke Klang untuk mengambil mesin inkubutor dan 6 ekor ayam belanda dipontian. So untuk tujuan ini saya x sanggup untuk guna kereta sendiri dan telah menyewa Nissan Serena...walaupun radio player agak "kureng" tapi Luas dan selesa.van lain semua dah fully booked. Memang agak mewah la jugak kalau diikutkan sekadar untuk menjemput 6 tetamu baru ke Kampung Kesom Hj.Hussein nih.dibawah ni antara tetamu-tetamu tersebut.
Induk jantan -sekarang dah mencecah 7kg/seekor
Induk betina - sekarang mencecah 3.5kg/seekor
Kami pernah dinasihati oleh Pak Itam supaya cuba untuk tetaskan serta biakkan dahulu ayam-ayam belanda ini sebelum berfikir untuk menjual atau sebagainya. Memang kami nekad untuk mencuba dahulu sebab kami langsung tiada pengalaman menternak ayam belanda.Untuk pengetahuan umum kami tiada pengetahuan langsung dalam bidang ini dan sekadar membuat research dari internet,buku serta tanpa melalui kursus2 langsung.Terima kasih pada rakan2 dan "sifu" yg sanggup berkongsi ilmu.
Minggu pertama, pada masa itu saya masih lagi berada di kampung.Memang teruja!!!ayam belanda bertelur 3 biji...bagaikan mendapat baby baru...kami cuba untuk menetaskan telur batch pertama ini menggunakan inkubutor manual. segalanya berjalan agak lancar, inkubutor manual ni x perlu setting yang banyak,cuma perlu pantau untuk kerja menterbalikkan telur2 yang dieramkan. Ini merupakan percubaan pertama dan berjaya atau tidak belum tentu lagi.
genap 2 minggu kami dah kumpulkan lebih kurang 30biji telur.Teruja untuk melihat anak ayam pertama menetas tidak kesampaian.Kesilapan teknikal atau nak salahkan inkubutor.Mungkin suhu yang tidak betul atau salah "timing". Kesemua 30biji telur "ranap" atau ertikata lain dan kategori tembelang.Agak panik dengan situasi ini,kami cuba untuk tumpangkann telur2 yang masih elok sekali dengan Ibu ayam kampung(ibu tumpang) tetapi masih belum berjaya.
Dalam masa yang sama,kami dah fed-up dengan inkubutor ini dan cuba untuk mencari alternatif lain.Memang tak disangka,sepupu saya En.Bedin Jusoh rupanya salah seorang Pembuat dan pengedar "hatchery incubutor"(mesin penetas telur) sekitar lembah klang dan mula berkembang ke seluruh negara.Setelah berjumpa dengan beliau dan meminta khidmat nasihat, beliau mencadangkan kami mencuba inkubutor keluaran beliau.
Mesin Penetas MI-103
Kali ini kami laburkan RM2000++ untuk pembelian inkubutor mini model MI-103 yang beroperasi secara automatik.Setelah diberi tunjuk ajar cara pengendalian,kami mula menyambung semula kerja-kerja pengeraman dengan penuh harapan untuk melihat anak ayam yang bakal ditetaskan.
Alhamdulillah, pelaburan kami akhirnya berbaloi.Boleh dikatakan lebih separuh telur berjaya ditetaskan.Sehingga 2 bulan pertama, anak-anak ayam yang berjaya ditetaskan berjumlah 150++ ekor. Satu kejayaan yang bermakna bagi kami.Buat masa sekarang pengeluaran telur baru dianggarkan sebanyak 4biji sehari dan kami jangkakan bilangan tersebut bakal meningkat dalam beberapa bulan akan datang setelah terdapat ayam belanda matang yang baru.
antara anak-anak ayam yang berjaya ditetaskan
anak-anak ayam diletakkan di nursery
Hilang segala penat lelah setelah berjaya sampai ketahap sekarang ini.Sesiapa yang berminat untuk menggunakan mesin penetas MI-103 ini boleh la terus hubungi En.Bedin Jusoh, lokasi puchong, h.p 019-3119440 @ layari blog beliau http://medanusahawan.blogspot.com
sekian, terima kasih.
~mr.suhaimi~
0 comments:
Post a Comment