BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Juta Kasih Enterprise - JKE

"Juta Kasih Enterprise"(JKE) adalah sebuah syarikat milikan bumiputera penuh.Telah ditubuhkan pada awal tahun 2009 khas untuk menjalankan segala urusniaga berkaitan dengan penternakan ayam belanda ini. Lokasi Ladang dan syarikat adalah di Kg.Kesom Hj.Hussein,manir,Kuala Terengganu,Terengganu.

JKE merupakan antara pelopor terawal yang menjalankan perniagaan penternakan ayam belanda secara komersil di Negeri Terengganu.Diuruskan oleh Mr.Suhaimi serta dibantu oleh Mr.Embong , Mr.Jaafar,Mr.muhamad. Mendapat khidmat nasihat dari Jabatan Haiwan negeri Terengganu serta tunjuk ajar dari beberapa "sifu" yang berpengalaman dalam bidang ini.

Sebagai penternak dan pembekal ayam belanda, JKE merancang untuk menjadikan industri Penternakan ayam belanda ini menjadi satu perniagaan yang berdaya saing khususnya dalam penternakan.Memandangkan penternakan ayam belanda dimalaysia masih baru dan belum cukup dikenali terutama dibahagian timur,kami begitu optimis untuk menjadi yang terawal dan mengetengahkan industri ini setanding dengan bidang penternakan lain seterusnya menerajui pasaran diperingkat dalam negara dan luar negara.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara rasmi dan tidak rasmi kerana membantu kami dalam menjayakan misi kami ini.

terima kasih,

~mr.suhaimi~

0 comments:

Live Traffic Map