BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

KISAH 23 EKOR TURKEYS

OPEN HOUSE  SEMPENA AIDIL ADHA


Salam Aidiladha buat semua umat Islam. Tanggal 29 November 2009 @ Hari Raya Korban ke-3 merupakan hari yang bersejarah dalam sejarah Jutafarm, kerana pada hari ini, kami tenaga kerja Jutafarm, telah memilih untuk mengadakan rumah terbuka untuk rakan-rakan dan kepada masyarakat setempat  dengan menu special Ayam Belanda. 


Kebiasaannya rumah terbuka di buat sempena Hari Raya Aidilfitri, tapi disebabkan saya beraya di perantauan, terpaksalah di tunda ke Aidiladha. Rumah terbuka menu Ayam Belanda ini adalah bertujuan untuk mempromosikan rasa Ayam Belanda kepada masyarakat setempat dan untuk membuka mata masyarakat setempat yang Ayam Belanda ini juga sesuai untuk di masak rendang, gulai dan masak merah (masakan yang ada di rumah terbuka).

Jutafarm juga berharap agar setelah merasai masakan yang dihidangkan, para tetamu dapat mewar-warkan kewujudan Jutafarm dan mempromosikan Ayam Belanda ternakan kami. Untuk pengetahuan semua, selapas merasai hidangan kami, kebanyakan tetamu yang datang akan pergi melawat reban ternakan Ayam Belanda. (Hehehehehe Nampak sangat taktik kami menjadi). 


Gambar2 yang dibawah adalah gambar2 yang di ambil pada malam persediaan untuk rumah terbuka. Pihak Jutafam meminta maaf kerana tak dapat sertakan gambar di hari Rumah Terbuka kerana terlalu sibuk melayan tetamu yang hadir dan kami juga meminta maaf kerana tak menghebahkan Rumah Terbuka di blog ini, tetapi kami berjanji kalau ada kesempatan lagi, kami akan menjemput anda semua.





Proses membuang bulu ayam yang sangat meletihkan kerana bulunya yang terlalu sukar untuk dicabut. (Berdasarkan pengalaman sendiri tokey Jutafarm)



Proses membuang isi perut Ayam Belanda. (Nasib baik la aku tinggal di kampong, masih ada lagi gotong-royong kalau tak dah banyak pulus keluar)



Proses “mencelur” supaya senang di cabut bulu pahat Ayam Belanda yang sangat sukar untuk dibuang.


Tokey Jutafarm tengah buang bulu pahat. ( Letih beb)





Cuba perhatikan di meja Jutafarm – Antara langkah Jutafarm untuk menarik para anak2 muda di kampung untuk datang gotong-royong – pasang Astro beb sebab malam tu ada live bola…..


Proses memanggang supaya sedap bila di makan





Yang bebaju hijau itu merupakan Manager Jutafarm (sungguh serius mukanya) yang juga merangkap my dad.



Signboard Juta Kasih Enterprise yang dah berbulan-bulan tersadai di setor, belum ada masa nak memasangnya.


Aksi Tokey Jutafarm setelah selesai kerja2 memproses ayam….tinggal nak masak and makan je lagi…..jam 2.30pagi siap beb…..tp lepas tu terus kene sambung masuk rending…….wawawawawawawa……tido cuma 1 jam je…..





Tengah kacau Rendang Ayam Belanda……..


Setakat ini aja gambar yang kite ada…..nanti insyaAllah kite akan masukan resepi kenduri Ayam Belanda……


sekian,

~ mr.suhaimi ~












0 comments:

Live Traffic Map