BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Komen Tentang Ayam Belanda



Salam,


Agak lama x posting disebabkan sibuk dengan hal2 lain..Sebelum terlupa kami diJutafarm ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada rakan2 dan kepada pembeli2 yg telah menyokong kami dengan membeli ayam2 belanda dari kami sempena Hari raya aidilfitri yang lepas. Alhamdulillah rata2 bersetuju yang daging ayam belanda lebih sedap dari ayam kampung dan ayam daging..Satu positif feedback buat kami..Insyallah selepas ini akan bertambah ramai org menggemari ayam belanda.cuma untuk mengetengahkan kebaikannya perlu usaha yang lebih lagi.



Dalam sebuk berjumpa kenalan2 lama..bercerita perkembangan terkini masing2...bertukar-tukar pendapat...malah ada yang x percaya dengan usaha yang telah kami lakukan iaitu menternak ayam belanda...boleh ker? market mcm mana? ada ke orang nak makan? boleh makan ker ayam belanda? dan x kurang juga yang pernah cuba dan tau perihal ayam belanda...memang letih nak menjawab setiap persoalan yang diajukan dan dari situ juga membuat kami lebih bersemangat untuk memperkenalkan ayam belanda dimata umum..





Memang perit bila membuat sesuatu yang diluar bidang atau diluar pengetahuan diri. Tapi kami percaya selagi berusaha untuk belajar kami yakin insyallah akan berjaya..Kami akan cuba untuk mempromosikan lagi kebaikan daging ayam belanda pada masa hadapan..Memang diakui selepas Jutafarm disiarkan di TV1 beberapa bulan yang lepas...dah semakin ramai yang tahu akan Perniagaan kami ini..Kami amat mengalu-alukan kepada mana2 pihak yg ingin melawat Ladang kami..mungkin boleh kita berkongsi pendapat dan belajar sesuatu yang baru.


~mr.suhaimi~

0 comments:

Live Traffic Map