BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Kisah Owner Jutafarm

HOW YOURLIFE CAN CHANGE AND HOW YOU MANAGE IT
Saya tak pernah pun terfikir yang suatu hari nanti saya akan jadi seorang penternak, tambah lagi penternak ayam belanda. Tak pernah terlintas pun. Mengikut kata kawan baik saya, Sepul, sepanjang dia kenal saya, memang saya takde bakat pun untuk jadi penternak atau petani macam my dad. Tapi takdir menentukan segalanya.



Dulu masa di sekolah rendah, bercita-cita untuk jadi askar sebabnya tengok citer Aman Shah dgn AR Badul. Masuk sekolah menengah, nak jadi bisnesman sebab nak hidup mewah, bawak kete besar. Hahahahaha. Lepas PMR, cita-cita saya bertukar lagi, tetapi kali nie makin serius. Saya sudap tetapkan nak jadi seorang akauntan yang bertauliah. Sebab itu lah saya melanjutkan pelajaran ke Kolej Mara Banting dalam bidang perakaunan. Setelah tamat diploma perakaunan disana, sepatutnye saya menjutkan pelajaran ke United Kingdom, tapi di sebabkan keadaan ekonomi yang amat pada 1997-1998 tu saya melanjutkan pelajaran ke UiTM Shah Alam dlm bidang perakaunan. Di sebabkan terlalu sangat nak ke oversea, saya jadi malas nak tumpukan pelajaran sebab terlalu frust kot….. Di tahun akhir Ijazah, saya membuat keputusan untuk menukar bidang sebab saya dah tak mahu jadi akauntan lagi sebab di masa itu saya bekerja sebagai seorang pembantu akauntan di kilang Papermate.


Kerana mengikut nasihat sahabat saya, saudara Adli @ Ciko, (I’ll never forget him) saya menukar arah untuk mengambil sijil NDT di Ruane-TATI, Kijal, Kemaman selama 6 bulan. Di masa itu dah ramai kawan2 saya bekerja tapi saya masih lagi mencari arah hala tuju kehidupan saya dan saya berharap sijil inilah yang akan menentukan masa depan saya.


Alhamdullilah saya Berjaya menamatkan sijil NDT di Kijal dengan 3 teknik iaitu Ultrasonic Testing, Magnetic Particle Testing dan Penetrant Testing. Setelah tamat pengajian pada hujung 2002, saya menganggur selama 4 bulan. Saya ingatkan panas hingga ke petang, rupanye di pagi hari pun dah ribut petir, tapi nasib baiklah saya bersabar. 


Peluang pertama kerja pun datang, tetapi indah janji dari reality. Saya cuma mampu bertahan sebulan. Alhamdullilah selepas itu bintang rezeki saya pun bersinar, dapat offer keje di laut sebagai multi-decepline inspector di atas Pipe Lay Barge di Laut China Selatan bermula di Laut Sabah.Bermula di Laut China Selatan, kehidupan saya berubah. Sehingga sekarang, saya telah berkerja di 3 benua Asia, Afrika dan Australia. 





Setelah pulang dari Timor Leste, saya berpindah untuk tinggal dengan rakan baik saya di Kolej Mara Banting dulu iaitu En Hasnul di Ampang. Dari dial ah bermulanya minat saya untuk jadi penternak ayam belanda. Thanks bro. Di memperkenalkan saya dengan Pak Itam Klang. Kebetulan di waktu itu, my dad, ada di Subang melawat adik saya, jadi saya membawa beliau ke tempat Pak Itam di Klang untuk melawat projek ayam belanda beliau. Ayah saya menunjukan minat yang amat tinggi untuk membantu saya memulakan projek ternakan ayam belanda sendiri di Terengganu. Sesungguhnya kerja sebagai inspector sangat membantu saya untuk mengumpul modal untuk projek Ayam Belanda ini. Cerita seterusnya telah di ceritakan di awal penciptaan blog ini. Tapi kali ini saya nak tambah sedikit cerita pasal betapa Allah itu Maha Besar.


Semasa lawatan pertama ke tempat Pak Itam, kami ada melihat sepasang merak dan sepasang burung kuang. Menurut Pak Itam harga anak sepasang burung kuang yang di beli di Taman Kuang Ajil adalah RM900. Wow mahalnya, agaknye ada pasaran tak kalau saya turut sama menternak burung2 ini, saya berfikir.


Setelah beberapa bulan saya menternak Ayam Belanda, isteri saya meminta saya membeli burung puyuh, dan kebetulan ada orang jual puyuh berdekatan dengan tempat tinggal saya iaitu dekat Gemuruh. Di situ juga ada pelbagai jenis merak dan burung kuang yang amat cantik dan saya mula jatuh cinta dengan kecantikan merak dan kuang.


Di bulan Ramadhan 2009, ayah saya membeli sepasang merak dengan harga RM350 sepasang (diwaktu itu saya bekerja di Laut Timor, tak dapat balik raya beb) dan selepas itu ayah saya beli burung kuang sepasang dengan harga RM550 sepasang ( juga semasa saya di laut). Setelah pulang, saya lihat merak tu boleh tahan la cantiknya, tapi burung kuang tu tak cantik langsung, maklum la dua-duanye warna coklat macam kaler anak ayam mutiara. Saya tegur ayah saya kenapa sanggup menghabiskan duit sebanyak itu untuk sesuatu yang tak cantik.




Burung Kuang yang tak cantik (hahahahahaha) dan Buruk Merak kami



Di bulan November 2009, saya sekeluarga membuat lawatan ke Taman Kuang Ajil. Ya Allah cantiknya ciptaan tuhan. Bermacam spesis burrung kuang dan merak terdapat di situ, semuanya cantik-cantik. Bermula di situlah saya betul2 jatuh cinta dengan burung2 ciptaan Allah Yang Maha Besar. Menurut kata pemilik Taman Kuang, Burung Kuang dan Merak adalah sepsis yang hamper nak pupus dan di mengajak saya sama2 untuk memelihara burung2 ini untuk generasi akan datang. Kebanyakan burung kuang disini adalah yang di import kerana kita perlu ada permit yang hanya di keluarkan oleh menteri untuk memelihara burung kuang raya Malaysia.


Saya menunjukkan gambar burung kuang yang telah dibeli oleh ayah kepada pemilik Taman Kuang Ajil. Terkejut saya bila dia mengatakan yang burung kuang milik kami itu kemungkinan Lady Cross atau Lady Amherst. Harga sepasang anak Lady Amherst adalah RM1500. Setelah itu baru lah saya tahu, untuk burung kuang menunjukkan warna di badan dan ekor, kita kene tunggu setahun setengah. Lepas itu ayah pandang saya dengan senyuman yang tersendiri. Hahahahaaha malu sendiri saya. Dan menurut kata pemilik Taman Kuang ini, untuk burung merak jantan mendapat kan ekor yang cantik pulak, kita harus menunggu merak berusia 3 tahun. Setelah hampir nak pulang, saya membeli sepasang burung kuang Red Gold dengan harga RM900. Sebolehnya, kalau ada rezeki lebih, saya akan menambah koleksi burung merak dan kuang saya ini.(Untuk koleksi sendiri)



Antara koleksi burung-burung kuang yang ada di Taman Kuang Ajil


Burung Kuang Raya yang berekor panjang


Antara koleksi merak di Taman Kuang Ajil – Cantikkan bila dia kembangkan ekornya

Ini lah sedikit sebanyak tentang sejarah hidup saya pemilik Juta Farm dan bagaimana Allah menetapkan jalan hidup saya. Di sini saya ingin mengambil peluang ini untuk mengatakan “Ambil lah peluang yang ada di depan mata, dan usahakanlah dengan sebaik mungkin” - “Kita cuma mampu merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya, akan tetapi kalau kita tak berusaha, kita juga takkan kemana-mana” – “Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah”.

“SELAMAT MAJU JAYA KEPADA PARA SAHABAT PENTERNAK DAN PENGUSAHA”

2 comments:

mieda said...

wahh.. satu info yg baik tuk bebudok skolah aku jdkan cth b/mn mau jd usahawan & faktor2 seseorg jd usahawan... sori ah mbong, ari tu x sempt amik video mung.. bole anto email ker.. hehehehe

mieda said...

citer mung ning bole aku wat kajian kes utk bebudok sekolah.. thanx a lot bro..kalu bole post la kt aku VT rtm ari tu.. anto yg copy aje..

Live Traffic Map