BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Cara kami mempromosikan Ternakan

Salam sejahtera buat semua.

Sudah sekian lama jugak tak memasukkan artikel utk blog ini, maklum la terlalu sibuk dgn kerja full time dan juga part time. Pada kali ini sy ingin berkongsi cara2 yang mudah untuk memperkenalkan produk kita.

Seperti yg sedia maklum, sy menternak Ayam Belanda di Terengganu. Ramai org bertanyakan, “ada ke org nak beli ayam belanda ini di Terengganu?”. Untuk pengetahuan ramai, di Terengganu ini, tak ramai yg terdedah dgn Ayam Belanda ini. Bagi mereka, juadah Ayam Belanda ini cuma utk org yg menyabut Krismas. Jadi utk saya menjelaskan keadaan ini utk rakyat Terengganu terutamanya, saya telah memilih media masa untuk mempromosikan ternakan saya ini.

Pada awal-awal penternakan, Pegawai Veterinar daerah saya iaitu YM Ku Hussain telah memperkenalkan kepada saya adiknye sendiri iaitu YM Ku Mat, yang merupakan jurugambar RTM Kuala Terengganu. Dia telah datang ke Jutafarm utk menemuramah dan merakam video utk RTM. Alhamdullilah, saya telah menerima sambutan yang agak baik daripada pendedahan daripada RTM itu. Saya amat berterima kasih kepada Ku Hussain dan Ku Mat.

1-25-2010 11-16-01 AM_0021.jpg
Seterusnya, saya mendapat saranan daripada rakan saya semasa di sekolah menengah dulu utk menjemput Harian Sinar datang utk memperluaskan lagi pendedahan Jutafarm dan juga ternakan Ayam Belanda. Ini adalah langkah-langkah saya untuk mempromosikan ternakan saya, dan ianya percuma. Saranan saya kepada para penternak agar menggunakan media masa untuk mempromosikan ternakan anda. 





1 comments:

mr green said...

jutafarm
kat mana boleh beli anak ayam turki@puri kat trenganu?
sye bercadang nk beli 10 ekor anak ayam turki
still belajar
minat nk bela ayam turki ni
=p

Live Traffic Map