BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Reban Ayam Belanda Fasa 2

Salam,


Kali ini nak selitkan sedikit perkembangan Reban Jutafarm Fasa 2. Alhamdulillah segalanya berjalan agak lancar walaupun cuaca di sini kerap hujan kebelakangan ini. Dah nak masuk tengkujuh agaknya.Reban Fasa 2 mula dibina awal puasa lepas dan bersaiz 28' x 100'.Baru 50% siap.Kami perlu siapkan secepat yang mungkin berikutan reban Fasa 1 dah x cukup untuk menampung jumlah ayam belanda yang semakin membiak.Sekarang ini sebanyak 13biji telur dikutip setiap hari untuk ditetaskan dan dijangka akan meningkat untuk beberapa bulan akan datang.

pandangan hadapan reban Fasa 2



Pandangan sisi Reban Fasa 2



Pandangan sisi Reban Fasa 2



pandangan belakang reban Fasa 2 masih dlm pembinaan


Struktur binaan kali ini x jauh bezanya dengan fasa 1, Tiang konkrit,Kayu 2"x4", bumbung asbestos,Jaring pukat 2nd hand. Cuma untuk mencari pukat 2nd hand tu terpaksa "travel" hingga ke kuala besut.Nasib kami baik kerana stok memang ada dan cukup untuk saiz reban kami.Kerja-kerja pembinaan dijalankan oleh kami sendiri.



struktur tiang konkrit yang didirikan


Susunatur Reban Fasa 2 ini berlainan sedikit kerana ianya memanjang. Mempunyai laluan servis ditengah manakala bilik2 ditempatkan ditepi.Susunan ini mungkin lebih praktikal dan senang untuk diselenggara.



laluan servis ditengah reban


Dinding reban menggunakan pukat terpakai kerana ianya memang tahan lama dan yang pasti ianya murah berbanding jaring besi dan sebagainya.Kerja-kerja pemasangan pukat ini mengambil masa sedikit kerana perlu diikat dan diletakkan dawai besi di bahagian atas,tengah dan bawah supaya ianya kuat untuk menampung pukat yang memang sediaada berat.



sinaran neon 


Pangkin pula disediakan disetiap bilik untuk ayam belanda tidur dan.Paip-paip di pasang disepanjang laluan tengah reban untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan.Lampu juga dipasang khas disetiap bilik.Memang dan boleh dikategorikan "PET HOTEL" reban Fasa 2 nih.


sekian,

1 comments:

junaidi @ Jerun Roku said...

wah.. besor doh reban ayam dia....
mujur lah buat degan tiang seming dah kayu jer.. kalau buat structure besi.. nak kena guna spec AWS pulok dok.. heheheh.. nak kena buat NDT Lagi..

saja bergurau...

rugi dok leh nok g tgk reban mung hari raya baru ning...

Live Traffic Map