BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Projek ayam kampung & ayam organik



Salam semua,





Idea projek ayam kampung dan ayam organik ini di cetuskan oleh En.Embong kerana spesis ini senang untuk di jaga. Pada peringkat permulaan, Kami mendirikan reban berbumbung bersaiz sederhana 20' x 20'. Ayah membeli telur-telur ayam kampung dan ayam organik dari penduduk sekitar sahaja. Habis segenap ceruk kampung dia mencari telur-telur tersebut.Menurut beliau dia cuba untuk "optimize"kan penggunaan inkubator yang sedia ada kerana pada waktu itu cuma ada 3 ekor sahaja ayam belanda yang bertelur.Telur-telur ini dibeli dengan harga Rm0.40 sebiji.Sekiranya kami beli anak ayam kampung hidup kos mencecah RM2.50 seekor. So adalah sedikit untung untuk kami.Dalam masa yang sama beliau ada juga membeli ayam-ayam kampung dewasa dari kenalan-kenalan beliau.





Reban ayam kampung

Reban ayam organik

ayam kampung yang diternak






Alhamdullilah, 60% telur ayam yg di beli dari penduduk kampung itu pun menetas. Ini kerana kebiasaannye telur-telur yg di beli dari kawasan sekitar adalah untuk dimakan dan bukan untuk dibiakkan. Sehingga sekarang kami sudah mempunyai lebih kurang 40 ekor ayam kampung dan ayam organik.




Dari segi penyediaan makanan amat mudah. Kami hanya memberi jagung madu kasar dan juga sesekali lebihan makanan.

Projek ini menjadi lebih seronok kerana sepupu kami juga berminat untuk menternak ayam kampung secara tertutup.Ini berikutan hasil usaha yang ditunjukkan oleh ayah kami membuahkan hasil.Ayam-ayam kampung sepupu kami yang sediaada diletakkan didalam reban yang didirikan bersebelahan dengan kami dan tidak lagi dibiarkan berkeliaran diluar.



Reban ayam kampung sepupu disebelah kanan

Reban ayam kampung sepupu

So kami berharap dengan saingan secara sihat yang ditunjukkan oleh sepupu kami ini akan memberi semangat lagi kepada kami untuk lebih maju dimasa hadapan. Dengan saingan ini juga kami banyak berbincang dan belajar untuk menghasilkan ternakan secara optimum.

sekian,

~mr.suhaimi~

1 comments:

Unknown said...

Perniagaan RAR

Healthy and delicious Ayam Kampung delivered right to your doorstep! Prices are as below:

Small (800gm-1kg): RM9 (limited time offer) (new!)

Regular (up to 1.2kg): RM12 (new!)

Large (up to 1.5kg): RM15 (new!)

Prices quoted are for processed & cleaned chicken. Slaughter is done according to Muslim guidelines. Delivery area is around Klang Valley surroundings. Minimum order of 10 birds or a delivery charge of RM5 will apply. Leave us a comment/call 019-363 6060 for further enquiries or bulk pricing (300 birds and above).

Live Traffic Map