BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

AYAM atau TELUR?

Persoalan yang biasa di tanya….Ayam dulu atau telur dulu yang keluar? Kepada para pembaca blog saya nie, anda semua boleh menjawabnya sendiri.
Pelbagai permasalahan yang timbul bila kita ingin melakukan sesuatu terutamanya kalau kite bercadang untuk memulakan perniagaan. Sebagai contoh dalam bidang penternakan. Percayalah semua orang boleh menternak, tak kiralah samada dia tu ada pengalaman atau tak, ada pelajaran atau tak. Akan tetapi, apa yang telah saya dengar dan perhatikan, masalah yang paling utama terutamanya orang melayu kite tempuhi adalah seperti berikut:-

1- Permasalahan modal

Rata-rata penternak Melayu tidak mempunyai modal yang cukup untuk menternak dalam skala yang besar untuk memenuhi permintaan. Kebanyakannya kalau pelihara lembu adalah dalam 5-10 ekor. Dan akan menunggu setelah dapat dijual barulah akan menambah bilangan ternakan. Sama lah seperti peniaga goring pisang di kampung saya. Seingat saya lah, rasenye dah lebih 10 tahun dia berniaga disitu. Akan tetapi gerainya dari dulu hingga sekarang cuma besar itu aje. Persoalannya, kenapa jadi macam nie?



2- Permasalahan pasaran

Sewaktu saya mula2 menternak ayam belanda/piru nie, banyak org kampung bertanya kepada saya dan bapa saya, kepada siapa saya nak jual, ada ke orang yang nak makan ayam nie selain dari orang kristian (sebab krismas), dan pelbagai lagi persoalan. Orang kampung saya nie jenisnya yang suka kalau melihat jiran-jirannya gagal dalam melakukan sesuatu. Akan tetapi bila nampak jirannye maju, mereka pun akan turut sama berniaga bende yang sama. Ramai orang kita takut untuk menceburi bidang penternakkan dan pertanian dalam skala yang besar kerana takut akan gagal mencari pasaran. Akan tetapi bila didedahkan dengan projek lintah, keli, belut dan yang seumpanya, ramai juga yang menceburi. Sebabnya adalah kerana diberi jaminan oleh orang tengah. Sudahnya, banyak jugak yang lingkup sebab terlalu yakin dengan orang tengah.



3- Masalah suka ikut-ikut

Terdapat ramai yang mempunyai masalah ini. Terlalu mengikut kejayaan orang lain. Ianya sama sahaja dengan masalah orang kite yang sering terpedaya dengan skim cepat kaya, MLM dan Skim Gores dan Menang. Kalau kite nak mengikut apa yang orang berjaya buat, jangan la sekadar ikut sebab nak kaya cepat, pasti takkan berjaya. Akan tetapi kalau kite betul2 mahu ikut apa yang orang berjaya buat, kita hendaklah fokuskan kepada matlamat kita dan hendaklah kita mengkaji dan menimba ilmu sebanyak mungkin dari orang yang berjaya itu.





Cukuplah sekadar 3 masalah untuk saya bincangkan. AYAM atau TELUR? Antara sebab mengapa saya mengutarakan persoalan itu adalah samada sebelum kite nak berniaga, apa yang patut kita buat dahulu. Adakah kita kene cari pasarannya atau kita perlu mulai perniagaan dahulu? Apa yang saya buat untuk perniagaan saya nie, saya akan pastikan dulu samada ayam belanda nie ada pasaran atau tak. Saya tak mencari pasaran sebelum saya bula penternakan kerana saya takut dengan keupayaan saya untuk menternak ayam belanda. Sebab itulah saya menternak dahulu, mencari pengalaman, jatuh dan susah dulu. Setelah saya yakin Juta Kasih dapat mengeluarkan sejumlah anak ayam setiap bulan, barulah saya yakin untuk memasarkan ternakan saya.

Alhamdullillah, bintang saya bersinar, dapat jugak saya bertemu dengan pasaran yang saya kehendaki. Saya ingatkan 500-600 ekor ayam belanda sebulan tu dah cukup banyak untuk saya pasarkan, akan tetapi bagi pembeli saya itu cuma cukup untuk 1-2 branch sahaja. Terkejut saya. Akan tetapi, InsyaAllah, saya akan besarkan lading turkey saya di masa hadapan.

Cukuplah sampai disini. Kepada rakan2 pembaca, buatlah sesuatu perkara jika kita yakin. Sekiranya kita yakin, kita akan berusaha untuk mencari ilmu dan berusaha supaya kita tak gagal. Allah telah mengatakan “nasib sesuatu kaum itu takkan berubah jika kaum itu sendiri tak mahu mengubahnya”. Kita harus ada sikap “Dare to fail” dalam diri kita. Kalau kita gagal, tak bererti kita gagal untuk selama-lamanya. Kita harus belajar dari kegagalan tersebut.



Sekian, terima kasih.

Cara kami mempromosikan Ternakan

Salam sejahtera buat semua.

Sudah sekian lama jugak tak memasukkan artikel utk blog ini, maklum la terlalu sibuk dgn kerja full time dan juga part time. Pada kali ini sy ingin berkongsi cara2 yang mudah untuk memperkenalkan produk kita.

Seperti yg sedia maklum, sy menternak Ayam Belanda di Terengganu. Ramai org bertanyakan, “ada ke org nak beli ayam belanda ini di Terengganu?”. Untuk pengetahuan ramai, di Terengganu ini, tak ramai yg terdedah dgn Ayam Belanda ini. Bagi mereka, juadah Ayam Belanda ini cuma utk org yg menyabut Krismas. Jadi utk saya menjelaskan keadaan ini utk rakyat Terengganu terutamanya, saya telah memilih media masa untuk mempromosikan ternakan saya ini.

Pada awal-awal penternakan, Pegawai Veterinar daerah saya iaitu YM Ku Hussain telah memperkenalkan kepada saya adiknye sendiri iaitu YM Ku Mat, yang merupakan jurugambar RTM Kuala Terengganu. Dia telah datang ke Jutafarm utk menemuramah dan merakam video utk RTM. Alhamdullilah, saya telah menerima sambutan yang agak baik daripada pendedahan daripada RTM itu. Saya amat berterima kasih kepada Ku Hussain dan Ku Mat.

1-25-2010 11-16-01 AM_0021.jpg
Seterusnya, saya mendapat saranan daripada rakan saya semasa di sekolah menengah dulu utk menjemput Harian Sinar datang utk memperluaskan lagi pendedahan Jutafarm dan juga ternakan Ayam Belanda. Ini adalah langkah-langkah saya untuk mempromosikan ternakan saya, dan ianya percuma. Saranan saya kepada para penternak agar menggunakan media masa untuk mempromosikan ternakan anda. 





Live Traffic Map